Permukaan Bumi Paling Rendah
Maksud ayat-ayat ini ialah:
Orang-orang Rom telah tewas
Di suatu tempat yang berhampiran dan selepas kekalahan itu mereka akan menang
Orang-orang Rom telah tewas
Di suatu tempat yang berhampiran dan selepas kekalahan itu mereka akan menang

Sebab-Sebab Diturunkan Ayat
Ayat-ayat ini diturunkan kerana orang-orang Islam berdukacita selepas mendengarkekalahan orang-orang Romawi ditanngan tentera-tentera Parsi. Mereka berdukacita kerana orang-orang Romawi merupakan kaum yang beragama Nasrani (ahli Kitab) dan orang-orang Parsi merupakan orang Majusi (Menyembah Api). Apabila ayat-ayat ini diturunkan, orang-orang Islam bergembira kerana mereka yakin orang-orang Romawi akan menang dalam peperangan yang akan berlaku pada masa akan datang..Allah s.w.t. berfitman dalam surah ar-Ruum ayat 1,2 ,3 dan 4:
Maksud Yang Tersirat Dalam Ayat 3.
.
Dalam ayat 3, ayat “ Fi Adna al-Ard Wa Hum Mim Ba’di Ghalabihim Sa Yag’ Libuun” Perkataan Adna dalam ayat tersebut bermaksud (i). Paling hampir (ii) Paling rendah. Dalam kitab-kitab tafsir, ayat 3 diterjemahkan kepada di negara yang berhampiran. Tiada terjemahan “Di permukaan bumi yang paling rendah digunakan” sedangkan ia juga boleh di maksudkan sebagai paling rendah.
Bila Peperangan Yang DiSebut dalam al-Quran Berlaku?
.
Menurut sejarah, peperangan yang dirujuk secara khusus dalam al-Quran berlaku pada tahun 614 Masehi. Tentera Parsi telah menawan kawasan-kawasan yang sekarang dikenali dengan nama Jordan, Syria dan tentera tersebut telah bergerak ke Barat untuk menawan Palestine. Pada tahun 614 tentera Parsi telah menawan Jerusalem. Mereka menawan Pendita Romawi dan menawan paling salib yang kononnya digunakan untuk menyalib Nabi Isa a.s.
Di Mana Tempat Kekalahan Tentera Romawi.
Teteran Romawi telah dikalahkan oleh tentera Parsi di Pantai Laut Mati. Laut mati ini adalah permukaan bumi yang paling rendah. Pantai Laut mati di mana tentera Romawi telah tewas juga merupakan tempat paling rendah di atas muka bumi


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home