roZEll
Roselle atau nama sainsnya Hibiscus sabdariffa merupakan salah satu spesis bunga raya yang terdapat di negara yang beriklim tropika dan subtropika termasuk Afrika, India dan Asia (termasuk Malaysia). Bunga raya yang sering kita lihat ditanam di taman-taman bunga pula dinamakan Hibiscus rosasinensis dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Anti penuaan
Roselle mampu membuatkan pengamalnya kelihatan berseri dan awet muda kerana kandungan Vitamin C yang tinggi dan berserat melambatkan proses penuaan yang disebabkan oleh aktiviti kerosakan tisu dan sel tubuh badan oleh radikal bebas.
Mencegah Penyakit Jantung
Penyakit jantung dianggap “silent killer” dan merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Roselle mampu mencegah pembentukan dan penebalan LDL (lemak tidak baik) di bahagian arteri jantung dan mengelakkan juga dari terjadinya penyakit darah tinggi.
Merawat Demam Panas
Mereka yang sering mengalami demam panas seeloknya mengamalkan Roselle kerana Roselle bersifat sejuk dan mampu menurunkan suhu badan yang tinggi. Selain itu Roselle juga meningkatkan antibodi seseorang.
Penawar Resdung dan Alahan
Bagi mengatasi masalah resdung (alergi) dan alahan (asma) anda bolehlah mengamalkan Roselle dan juga produk HPA bernama Coscinium Plus. Coscinium Plus bersifat panas dan seeloknya disinergikan dengan Roselle yang bersifat sejuk. Baru dinamakan pengambilan herba yang seimbang.
tq to:


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home