Saturday, 27 August 2011

Tanah Asas Nabi Adam A.S


  • Tanah Baitulmuqaddis - kepala sebagai tempat kemuliaan utk diletakkn otak dan akal.
  • Tanah Bukit Tursina ( Mesir ) - telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat
  • Tanah Iraq - dahi sebagai tempat sujud kpd ALLAH
  • Tanah Aden ( Yaman ) - muka sebagai tempat berhias dan kecantikan
  • Tanah Telaga Kautsar - mata sebagai tempat menarik perhatian
  • Tanah Al - Kautsar- gigi sebagai tempat bermanis - manis
  • Tanah Kaabah ( Makkah ) - tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama
  • Tanah Paris ( Perancis )- tangan kiri sebagai anggota utk beristinjak
  • Tanah Khurasan ( Iran ) - perut sebagai tempat berlapar
  • Tanah Babylon ( Iraq ) - kelamin sebagai organ seks dan tempat bernafsu serta godaan syaitan
  • Tanah Tursina ( Mesir ) - tulang sebagai peneguh manusia
  • Tanah India - kaki sebagai anggota berdiri dan berjalan
  • Tanah Firdaus ( Syurga ) - hati sebagai tempat keyakinan, keimanan,dan kemahuan
  • Tanah Taif ( Arab Saudi ) - lidah sebagai tempat utk mengucap syahadah,syukur dan doa

Wednesday, 24 August 2011

apple pie


APPLE PIE (untuk bekas pai 9 inci)

1) Bahan-bahan untuk pastri :
·                     2  3/4 cawan tepung gandum
·                     1/4 tsp garam halus
·                     2 Tbsp gula pasir
·                     200 gm butter (pada suhu bilik dan potong menjadi kiub-kiub kecil)
·                     1/4 cawan air ais/ air sejuk dari peti ais
Cara-cara :
1.            Dengan menggunakan mixer atau pun tangan, campurkan tepung gandum, garam halus dan juga gula. Gaul sebati.
2.            Masukkan butter dan gaul hingga sebati atau menjadi seperti serbuk roti. 
3.            Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga terhasil doh yang bila dipicit dengan hujung jari, ianya boleh bergumpal dan bercantum.
4.            Uli dengan tangan menjadi bebola dan bahagi dua. Canai setiap doh menjadi rata (tak apa walaupun tebal lagi doh tu. Tujuan supaya senang untuk dicanai selepas dikeluarkan dari peti sejuk apabila nak digunakan). Kalau nak simpan dalam bentuk bebola jer pun tak apa.
5.            Balut setiap doh berasingan dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.

2) Bahan-bahan untuk inti epal :
·                     1 kg campuran epal hijau(Granny Smith) dan epal merah(Royal Gala)
·                     1/4 cawan gula pasir
·                     1/4 cawan gula perang lembut(soft brown sugar)
·                     1 Tbsp jus lemon
·                     Secubit garam halus
·                     1 tsp serbuk kayu manis(ground cinnamon)
·                     1/4 tsp serbuk buah pala(ground nutmeg)
·                     2 Tbsp butter atau marjerin
·                     1 Tbsp + 1 tsp tepung jagung
Cara-cara :                    
Cara-cara :
1.            Basuh epal dan kupas kulitnya. Kemudian buang bahagian tengahnya dan hiris-hiris epal tersebut.
2.            Di dalam sebuah mangkuk, masukkan hirisan epal dan tuangkan jus lemon. Gaul rata. 
3.            Masukkan gula pasir, gula perang garam dan taburkan serbuk kayu manis serta serbuk buah pala. Gaul sebati. Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik selama 3 jam. Tujuannya supaya air dari buah keluar. Sementara itu, boleh keluarkan doh dari peti ais dan biar pada suhu bilik selama 10 minit untuk memudahkan proses mencanai. 
4.            Setelah 3 jam, toskan buah epal selama lebih kurang 15 minit. Jus yang diperolehi dari buah epal ni jangan dibuang tau! 
1.            Masukkan jus epal ke dalam periuk(lebih elok kalau yang non stik) bersama butter. Atas api sederhana didihkan jus hingga sedikit likat dan menjadi karemel(kelihatan buih-buih yang banyak terhasil). Tutup api.
2.            Masukkan semula hirisan-hirisan buah epal tadi ke dalam mangkuk dan gaul dengan tepung jagung.
3.            Kemudian masukkan jus epal yang telah menjadi karemel tadi. Gaul sebati.
3) Cara menyediakan pai epal :
1.            Canai salah satu doh(yang telah 10 minit dalam suhu bilik) di antara dua helai plastik pembalut sehingga mendapat diameter sekurang-kurangnya 12 inci atau lebih besar dari acuan pai. 
2.            Kemudian alihkan doh dengan cara menggulungkan doh pada rolling pin dan pindahkan ke dalam mangkuk/tin pai dengan cermat. Kemaskan bahagian dalam mangkuk/tin pai. Potong lebihan doh.
3.            Tuangkan inti epal ke dalam mangkuk.
4.            Canai pula satu lagi doh seperti (1). Kemudian seperti (2) alihkan doh menutupi bahagian atas mangkuk/tin pai. Kemaskan bahagian tepi-tepi pai dengan cara mengelim doh menggunakan jari atau dengan menekan doh menggunakan garfu.
5.            Dengan menggunakan pisau, buat beberapa belahan di permukaan pai(seperti gambar di bawah). Tujuannya ialah untuk pengudaraan pai semasa proses pembakaran.
6.            Sapukan permukaan pai dengan telur dan taburkan sedikit gula perang sekiranya suka.
7.            Bakar di dalam oven pada suhu 200 C selama 45-50 minit.  (****Letakkan sehelai aluminium foil di bawah bekas pai pada rak pembakar sebelum membakar. Ini adalah untuk mengelakkan jus yang keluar dari belahan pai dari menitis mengotori oven). Sejukkan dulu sebelum dipotong.


wanita perhiasan dunia


1. Wanita yang menjadikan Al-Quran dan Al Hadist sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya
2. Wanita yang Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia. Tidak hobi berdusta, bergunjing dan ria
3. Wanita yang Berbuat baik dan berbakti kepada orangtuanya. Ia senantiasa mendoakan orangtuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya
4. Ia taat kepada suaminya.Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang Islami. Jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan dan menentramkan bila berada didekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkannya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan gairah dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah
5. Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya nanti
6. Ia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdiannya epada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menghadap kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya
i sumber penghasilan yang dapat membantu perekonomian keluarga minimal untuk berinfaq,bersadaqah dan berzakat
7 Ia Berusaha menjadikan potensi yang ada pada dirinya sebaga
8. Ia Senantiasa mengingatkan suaminya agar mencari nafkah dengan cara yang halal,tidak menipu dan korupsi


9. Ia menjadi orang yang bermanfaat disekelilingnya. Menjadi contoh dan tauladan bagi orang-orang yang mengenalnya
10. Ia pandai mengelola keuangan keluarga dengan berinvestasi yang aman menguntungkan

Couple adalah Haram?


Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:
Cuba renungkan ini:
1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)
yg haram tetap haram…

MALAIKAT kecil


“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!

POTONG KUKU CARA RASULULLAH S.A.W


Sekarang ni ramai yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je. Sunnah nabi jarang nak ikut. Renungkan.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kukuyang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untukkesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau punhanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahankotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala


Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalamnajis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilangwalaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalahberkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Initak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudahbernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakaicincin pakailah di jari
1] jari manis2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.


http://ohislam.com/potong-kuku-ikut-sunnah-nabi/

terjermah AL-FATIHAH









[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.





http://ohislam.com/terjemahan/al-fatihah/