Saturday, 1 October 2011

Jejari roti


Roti


Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 24 keping tepi roti (dr 6 keping roti)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit garam
  • gula halus secukupnya
  • mentega/margerin untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
  2. Panaskan 2 sudu besar mentega. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sampai perang.
  3. Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
  4. Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas.

Lasagna


Jan_2_008




Bahan-bahan ( 4-6 ppl )

  • 250g kepingan lasagne, msk mcm instruction kat kotak
  • 175g gratedmozzarella cheese
  • White sauce: 250ml UHT milk
  • 2-3cm carrot, ptg nipis
  • bawang
  • 1 bay leaf
  • 1 fresh parsley
  • 8-10 black peppercorns
  • 40g butter
  • 40g tepung
  • Meat sauce: 1 bwg besar, cincang
  • 2 ulas bwg putih, cincang
  • 1 btg celery, cincang
  • 75g carrot, cincang
  • 400g dgg hncur
  • 4 biji tomato, buang kulit, ptg dadu
  • 1 bay leaf, secubit oregano, sedikit basil
  • minyak msk
  • 225ml air
  • 1 tbsp tomato puree
  • 1 1/2 tsp gula garam
  • black n white pepper

Cara-cara

  1. white sauce -cmpur n masak semua bhn white sauce dlm sauce pan. kecikkan api, n simmer for a few minutes -alih sauce pan td, tutup, letak tepi sat dlm 10-15 minit. supaya susu sebati. then tapis, buang bhn yg xperlu n ketul2. -cairkan butter dlm api kecik, cmpur tepung. kacau sentiasa n msk dlm seminit. -masukkan flavoured milk, kacau dlm 5 minit xberenti smpai jadik rupa sauce yg lawa. ltk tepi sat.
  2. meat sauce -panaskan minyak dlm saucepan n grg bwg, bwg putih, celery, carrot, smpai soft. kacau minced meat td. msk smpai perang2 gitu. -tmbh tomato n herbs, masak agi dlm 15-20 minit. masukkan air, tomato puree, seasoning. simmer untill jadik pekat.
  3. lasagna -spread meat sauce td kat base bekas. make sure bekas tu oven frenly n cukup besar nak msk sume. then, tmbah2-3 spoon white sauce, sprinkle cheese bg cover the layer. -ssn lasagna atas cheese layer tadi. -ulang susunan tu smpai abis. -finish up with layer meat sauce, then white sauce, then cheese. -bake lasagna tadi dlm oven, 190 degrees, 45-50 minutes. ataupun top layer dia nmpak golden brown/coklat keemasan. mkn masa panas.

Thursday, 29 September 2011

Bruno Mars- Marry You Music Video

Wednesday, 28 September 2011

Cinnamon bread


Cinnamon-bread





Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g tepung roti
  • 150g fresh milk
  • 25g telur
  • 25g gula
  • 4g garam
  • 25g butter
  • 2.5g dry yeast
  • *********
  • 20g butter(topping)
  • 15g gula kastor
  • 1 sudu kecil cinnamon
  • 80g raisin

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan sehingga dry yeast ke dalam breadmaker. On kan.
  2. Bila dah bunyi buzzer untuk masukkan bahan, masukkan raisin.
  3. Bila dah siap keluarkan dr breadmaker. Keluarkan angin. Bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit
  4. Ambik sebiji dan canaikan. Lipat jadi bentuk bola ragbi. Bahagian tepi lipatan letaklah ke bawah. Buat sampai habis.
  5. Dengan pisau, toreh memanjang bahagian atas. Biarkan naik 2 kali ganda.
  6. Untuk toppingnya. Potong kecil-kecil butter. Campurkan gula dan cinnamon powder.
  7. Bila roti dah naik 2kali ganda, letaklah toping pada bahagian torehan.
  8. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit

Banana Frozen


Banana


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 200g pisang yang telah dibekukan
  • 100ml fresh cream
  • 1 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Blend semua bahan-bahan. Kemudian hiaslah ikut selera.
  2. Siap untuk dimakan. Kalau tak habis boleh simpan dalam freezer.. jadikan aiskrem..

Corn Soup


Corn-soup



Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1/2 tin jagung
  • 50cc fresh cream
  • 100cc air
  • 100cc susu segar
  • 1 kiub stok ayam
  • 1 tangkai daun parsley
  • 1/2 kentang
  • 1/2 bawang besar-mayang

Cara-cara

  1. Ambik 1/2 jagung. Mesin biar jadi bentuk cream
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Masak sehingga hampir-hampir pekat


doa Bismillah Enam.


Bunyiknya dalam bahasa Melayu:
Bismillahi Kaafi
Bismillahi Shaafi
Bismillahi Waafi
Bismillahi Muafi
Bismillahi Robbussama waatiwal ardhi
Bismillahi Layadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi, walaa fissamaa'i wahuassami'ul 'aliim
Kita berusaha, ALLAH yang menyihatkan

Resepi Puding Pelangi Senja




     




Bahan2
25gm serbuk agar-agar
4 cawan air
2 cawan gula

1 tin susu cair ) Masukkan ke dalam mangkuk dan pukul sedikit
4 telur (Gred A) ) sehingga tepung kastard larut
1 sudu besar tepung kastard )

1 sudu besar unsalted butter Anchor ) digaul bersama
1 sudu besar gula )

Cara2
Masukkan serbuk agar2, gula dan air ke dalam periuk, masak hingga mendidih.

Kemudian masukkan susu cair, telur dan tepung kastard yang telah di pukul.

Masukkan campuran unsalted butter and gula, kacau sebati sehingga mendidih.

Padamkan api. Bahagi kepada 3 bahagian;
1 bahagian campurkan 1 sudu besar paste strawberry and 1 sudu kecil pewarna pink
1 bahagian campurkan 1 sudu besar paste orange and 1 sudu kecil pewarna oren
1 bahagian campurkan 1 1/2 sudu besar koko atau (1 sudu kecil perisa vanila dan 1 sudu kecil pewarna kuning)

Tuang adunan berselang seli. Biarkan ia beku.

Tuesday, 27 September 2011

,,,,,

Khat

ButterFlyz...

Rama-rama (bahasa Inggerismoth) merupakan sejenis serangga dalam pengkelasan dikelompokkan kepada order Lepidoptera, sama seperti kupu-kupu. Pembahagian susunan Lepidoptera kepada rama-rama dan kupu-kupu merupakan pembahagian popular, namun bukan merupakan pembahagian taksonomi saintifik.










Kupu-kupu dan rama-rama

Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu.
Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.
Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

Buah Delima


Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.
Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.
Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.

Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.
Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)